PHILOSOPHY

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH DIRI SENDIRI

Usaha dalam kehidupan ini merupakan sebuah elemen penting sebagai nadi manusia yang sentiasa diperlukan untuk mencapai sesebuah kecemerlangan dan kegemilangan dan dapat mengekalkan nama kita di dunia selepas meninggal dunia ini. Ibu bapa menjadi tuhan pertama saya yang sentiasa di sisi dan juga di ingatan saya supaya saya dapat mendaki puncak kegemilangan dengan penuh beryakin dan bersemangat. Tidaklah ku lupakan ibu bapa. 

No comments:

Post a Comment